Hari Sukan Negara Cawangan Kampung Jambu Bersama Pusat Internet Pokok Sena.
9 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniDemi menyahut seruan kerajaan yang mengisytiharkan Hari Sukan Negara diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun ,pada tarikh 08 Oktober 2016 Hari Sukan Negara Peringkat Kampung Jambu telah diadakan dengan kerjasama Pusat Internet Pokok Sena. Menariknya Hari Sukan Negara Peringkat Kampung Jambu pada kali ini diadakan di Dewan Kampung Jambu iaitu dewan yang baru siap pembinaannya. Program ini lebih meriah dengan kehadiran penduduk kampung tanpa mengira umur muda..warga emas dan juga kanak-kanak.
Kampung Jambu secara amnya menyahut seruan kerajaan mengadakan Sukan Negara bagi tujuan menggalakkan budaya bersukan dengan menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti-aktiviti sukan, dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama serta PI Pokok Sena dapat diperkenalkan kepada pihak setempat terutamanya kepada penduduk sekitar yang terlibat.
Dengan tema Sukan Rakyat dan Sukaneka penduduk Kampung Jambu mengambil peluang menyertai setiap aktiviti yang disenaraikan pada hari tersebut. Antara aktiviti sukan yang dijalankan pada hari tersebut adalah badminton,berjalan dengan tempurung, memancing dalam botol, membuka daun palas dan banyak lagi.Program ini diakhiri dengan jamuan makan dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: