Program Advokasi Dan Latihan Keusahawanan INTEL Bersama Pelajar Giat Mara Jerlun,Kedah.
23 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniProgram Advokasi dan Latihan Keusahawanan INTEL bersama pelajar GIAT MARA JERLUN,KEDAH diadakan dengan kerjasama PI Kodiang, PI Jerlun, PI Pokok Sena, PI Gunung Gilir dan PI Napoh. Program ini juga mendapat kerjasama pihak GIATA MARA sendiri bagi bertujuan memberi pendedahan mengenai Latihan Asas Keusahawanan dengan menggunakan modul INTEL. Selain itu,program ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar Gita MARA mempelajari modul latihan yang dikeluarkan pihak Intel dan belajar secara kendiri.
Program Advokasi yang diadakan selama dua hari iaitu pada tarikh 21 dan 22 Ogos 2016 ini dijalankan di Pusat Giat Mara Jerlun,Kedah melibatkan lebih kurang 50 orang pelajar dan dua orang tenaga pengajar Giat MARA Jerlun. Banyak kebaikan dan kelebihan yang para pelajar perolehi melalui modul INTEL ini. Antara kebaikan melaui program ini adalah seperti meningkatkan kefahaman peserta secara jelas mengenai semua konsep-konsep asas utama yang berkaitan dengan permulaan, pembangunan dan perjalanan perniagaan, memberi manfaat kepada usahawan muda yang telah memulakan perniagaan mereka dan kini sedang berkembang dengan mempelajari beberapa alat-alat yang boleh digunakan dalam operasi perniagaan mereka.
Disamping itu, melalui Modul Intel Learn Easy Step, peserta dapat mempelajari asas penggunaan komputer melalui siri pelajaran mudah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan kepada para pelajar termasuklah taklimat Klik Dengan Bijak,Latihan dalam kumpulan dan juga sesi soal jawab berkaitan modul INTEL ini. Pihak Pusat Internet amat berpuas hati dengan minat yang ditunjukkan oleh para pelajar terhadap program ini. Pihak kami juga, amat berterima kasih pada pihak terlibat diatas kerjasama yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: