Program Senam Sihat Merdeka Madani 2026
30 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 telah berlangsung serentak di 1,098 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara pada 29 Ogos 2026 bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan. NADI Pokok Sena juga telah mengadakan program senamrobik yang diterajui oleh coach Zin Faten. Melalui program ini telah memberi peluang untuk menghimpunkan semua komuniti melalui aktiviti kecergasan yang mempromosikan gaya hidup sihat dan juga semangat perpaduan. Program yang berlangsung dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi ini mendapat sambutan yang baik daripada komuniti sekitar NADI Pokok Sena. Para peserta bersama-sama mengikuti aktiviti senaman dalam suasana yang ceria, santai dan penuh semangat.Pada hari tersebut juga, NADI turut melakukan saringan kesihatan secara percuma kepada komuniti yang berminat.
Antara saringan kesihatan yang dilakukan adalah mengambil bacaan gula dalam darah, mengambil tekanan darah dan juga BMI. Saringan kesihatan ini dapat memberikan pendedahan awal untuk mengetahui pengesanan awal risiko agar Tindakan susulan dapat diambil secara lebih awal. Pengisian aktiviti yang lain adalah aktiviti mencipta poster tema kemerdekaan yang ke 69 menggunakan aplikasi Canva.com dan juga peraduan mewarna bagi kategori kanak-kanak.Jamuan dan makanan ringgan juga turut disediakan buat para peserta pada hari tersebut.Program diakhiri dengan cabutan tiket bertuah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: