PROGRAM ADVOKASI KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SK KG BUKIT
11 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Kempen Internet Selamat: Kenali Penipuan Atas Talian ini dianjurkan bagi mendidik golongan remaja berumur 13 hingga 17 tahun mengenai bahaya penipuan atas talian yang semakin berleluasa. Remaja merupakan pengguna aktif media sosial dan internet, justeru pendedahan awal tentang keselamatan digital amat penting bagi melindungi mereka daripada menjadi mangsa scam, buli siber, atau penipuan identiti. Program ini juga bertujuan membentuk remaja yang celik teknologi, beretika, dan bijak membuat keputusan ketika berinteraksi dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: