NADI MAHIR Minggu ke 6 ( Garlic Cheese Bread)
22 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniKelas MAHIR memasak bagi minggu ke 6 telah berlangsung dengan meriah di NADI Pokok Sena . Seramai 3 orang ahli NADI telah menyertai kelas ini, di mana mereka mempelajari teknik penyediaan Garlic Cheese Bread dengan langkah mudah dan bahan-bahan yang senang didapati.Para peserta turut diberi peluang untuk mencuba sendiri proses penyediaan Garlic Cheese Bread sambil menikmati suasana pembelajaran yang santai dan interaktif. Program ini bukan sahaja mengasah kemahiran kulinari, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama ahli NADI.Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghasilkan Garlic Chesee Bread yang sangat sedap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: