E-Learning & Softskill (Chef Cilik Cornflakes Madu dan DIY Topi Chef)
15 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2024 (Sabtu) pihak NADi Pokok Sena telah mengadakan satu Kelas E-Learning dan juga Kelas Softskill. Kelas telah bermula jam 3 petang dan tamat pada pukul 5 petang. Seramai 16 orang peserta telah hadir pada hari tersebut. Peserta terdiri dari murid sekolah rendah. Dalam kelas tersebut petugas NADi telah mengadakan Kelas Chef Cilik dan juga DIY Topi Chef.
Sebelum bermulanya aktiviti membuat cornflakes madu , para peserta telah diajar oleh petugas NADi untuk membuat topi chef dengan melihat tutorial dari Youtube. Jadi para peserta dapat belajar dan meningkatkan lagi kemahiran softskill.Para peserta juga telah mendapat ilmu untuk menghasilkan Cornflakes Madu yang mudah dan sedap dengan mengikut sukatan bahan-bahan yang betul.Mereka dapat meningkatkan kemahiran softskill dalam menghias hasil yang dihasilkan dan meluangkan masa hujung minggu dengan aktiviti yang lebih bermanfaat, selain mengeratkan hubungan silaturahim dengan peserta yang lain. Diharapkan program ini memberi manfaat kepada semua peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: