dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas E-Learning ( Kuiz Kahoot : World Flags)

16 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2023 (Sabtu) pihak PEDi Pokok Sena telah mengadakan satu Kelas E-Learning. Kelas telah bermula jam 10 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari. Seramai 9 orang peserta telah hadir pada hari tersebut. Dalam kelas E-learning tersebut petugas PEDi telah mengadakan satu kuiz berkenaan dengan World Flags. Sebelum bermulanya kelas, petugas memberikan masa kepada para peserta selama 30 minit untuk sesi ulangkaji nama-nama bendera seluruh negara dengan mempertontonkan video di youtube. Setiap peserta memberikan fokus semasa sesi ulangkaji tersebut.

Selepas itu, kuiz Kahoot dimulakan dan setiap para peserta dibantu oleh petugas PEDi.Para peserta memasukkan kod pin yang terpapar di skrin dan juga memberikan nama bagi memulakan kuiz kahoot tersebut. Para peserta hanya perlu memilih warna pada skrin yang mewakili setiap jawapan. Untuk kuiz ini peserta perlu memberikan jawapan yang tepat dan paling cepat memilih jawapan. 3 orang peserta dipilih sebagai pemenang. Peserta menunjukkan minat dan gembira dengan kuiz pada hari tersebut.Aktiviti Kahoot ini merupakan aktiviti yang mampu menarik minat para peserta untuk menimba ilmu pengetahuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.