dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT (Canva.com)

17 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Mengambil kesempatan di hujung minggu, PEDi Pokok Sena telah mengadakan kelas ICT di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Kelas yang bermula seawal pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi ini telah dihadiri oleh enam orang pelajar sekolah berdekatan. Berbeza dengan kelas ICT (Canva.com) yang dijalankan sebelum ini, kelas pada kali ini bertujuan untuk memahirkan dan menjinakkan mereka untuk lebih mendalami ilmu ICT dan multimedia. Kelas ini lebih menumpukan kepada asas untuk menghasilkan poster ringkas yang bersesuaian dengan tahap umur mereka.

Tidak dapat disangkal pada awalnya rata-rata pelajar mengalami kesulitan untuk menggunakan aplikasi ini tapi semangat dan rasa ingin belajar yang ditunjukkan oleh mereka telah banyak membantu mereka untuk tampak lebih yakin menghasilkan hasil kerja mereka menggunakan aplikasi Canva. Ibu bapa juga melihat kelas ICT ini sebagai satu langkah yang baik untuk melatih anak-anak mereka dalam bidang ICT. Staff PEDi juga telah menggunakan sedikit masa di hujung kelas untuk memberi sedikit taklimat tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta-peserta supaya mereka lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di dalam media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.