dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kaunter Bergerak Tabung Haji

22 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2023 hari Khamis PEDi Pokok Sena telah mengadakan kaunter bergerak Tabung Haji (TH). Ramai komuniti setempat yang hadir pada hari tersebut. Pendaftaran bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1 petang.

Tabung Haji telah melancarkan inisiatif perkhidmatan bergerak TH bersama Komuniti kerana perkhidmatan sekali gus pihak TH memberi peluang kepada komuniti sekitar untuk membuat urusan berkaitan TH melalui perkhidmatan kaunter bergerak ini. Pelbagai perkhidmatan telah disediakan oleh pihak Tabung Haji, antaranjya Pembukaan akaun bagi dewasa dan jugak kanak-kanak dimana simpanan bagi pembukaan adalah sebanyak Rm2.00 sahaja.Selain itu, Simpanan wang tunai, Pembukaan akaun baru TH, Pendaftaran haji, Kemaskini maklumat, Pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa, Permohonan penyata akaun, Potongan gaji dan THiJari (Online TH). TH juga meminta komuniti untuk memuat turun aplikasi THiJARI iaitu sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.