Kursus Asas Animasi Pengiklanan
5 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniDengan menggunakan platform online, Microsoft Team, telah berlangsungnya Kursus Mobile App Development yang dikendalikan oleh YES Academy pada 4 Mac yang lalu. Kursus yang bertujuan untuk mengajar staff PEDi untuk menghasilkan animasi pengiklanan ini dianjurkan oleh pihak Pengurusan PEDi (Sprintz Designs). Kursus yang bermula seawal pukul 8.30 pagi dan tamat pada 4.00 petang dilihat dapat memberi kesan positif kepada semua staff PEDi bagi menghasilkan animasi pengiklanan untuk perniagaan hanya dengan menggunakan aplikasi online yang lebih mudah, cepat dan kreatif.
Selain daripada itu, staff PEDi juga diajar untuk mempraktikan teknik-teknik ini untuk mengajar komuniti setempat yang dilihat dapat menjimatkan kos, masa dan juga memberi peluang mereka bagi menghasilkan animasi pengiklanan untuk dimasukkan ke dalam pemasaran produk mereka. Usahawan komuniti yang ingin mempromosikan produk mereka dengan menggunakan animasi pengiklanan adalah antara golongan sasaran yang mana ini dilihat dapat memberi kelebihan di dalam pemasaran produk mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: