Kelas MS Powerpoint (Basic)
11 Apri 2022 | Aktiviti TerkiniMenyedari tentang kepentingan teknologi di dalam kehidupan sekarang, seorang peserta telah menyertai kelas MS Powerpoint pada 10 April yang lalu yang bertempat di PEDi Pokok Sena. Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta tentang asas MS Powerpoint dan menerangkan tools yang terdapat di dalamnya sekaligus untuk memberi pembelajaran secara khusus mengenai teknik penggunaan MS Powerpoint bagi tujuan pembentangan. Peserta mengakui bahawa teknik-teknik yang diajarkan dapat membantunya untuk melengkapkan kemahiran yang diperlukan bagi dimasukkan ke dalam resume.
Kesempatan selama satu jam ini digunakan oleh staff PEDi untuk memberi sedikit taklimat tentang PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi) kepada peserta supaya peserta lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di dalam media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: