Kelas MS Paint
9 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniKelas MS Paint ini dijalankan atas permintaan peserta bagi mengisi masa lapang yang terluang. Penyertaan adalah dari kalangan pelajar sekolah. Antara pengisian kelas adalah memperkenalkan setiap tool dan fungsinya agar peserta lebih mahir untuk menghasilkan kreativiti di MS Paint. Tugasan untuk menghasilkan karya turut dijalankan bagi menguji sejauh mana kepahaman peserta. Kelas ini telah memberikan keterujaan kepada para peserta untuk lebih kreatif. Di akhir kelas, Slot Klik dengan Bijak turut diselitkan kepada peserta dengan menyentuh aspek bahaya di Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: