dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program KDB dan Mengacau Bubur Asyura Bersama Komuniti

08 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan bulan Muharam,Pusat Internet Zone Kedah (PI Gunung Hilir, Pokok Sena, Napoh dan Jerlun) dengan kerjasama KOSPEN Alor Setar dan komuniti Gunung Keriang, Alor Setar bersetuju dan bersepakat mengadakan Majlis Mengacau Bubur Asyura. Program ini turut diselitkan juga Advokasi Klik Dengan Bijak.

Program ini bertujuan bagi merapatkan hubungan silturrahim diantara penduduk kampung disamping mewujudkan kesepakatan antara satu sama lain dan juga memberi pendedahan kepada ibu bapa menerusi kempen Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai penyalahgunaan internet di kalangan anak-anak supaya setiap ibu bapa dapat memantau setiap pergerakan anak mereka. Program yang dimulakan dengan acara gotong royong menyiapkan bahan-bahan bubur asyura dimana semua staff PI, Staff KOSPEN dan juga komuniti setempat terlibat. Bubur Asyura yang telah siap dimasak telah diagihkan kepada komuniti setempat yang berdekatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.